Pembunuhan di Falujah 2004 Hors de combat

Dalam tahun 2004, semasa serangan oleh pasukan Marin ke atas kedudukan penentang di Fallujah, seorang Marin difilemkan oleh jurugambar NBC membunuh seorang pejuang Iraq yang sudah cedera. Insiden ini menimbulkan bantahan di serata dunia. Pada 19 November 2004 Persatuan Palang Merah Antarabangsa menyatakan pembunuhan itu tidak patut berlaku. Pembunuhan pejuang yang sudah cedera merupakan kekejaman dan perlanggaran undang-undang perang. Tetapi pihak Amerika Syarikat membahaskan bahawa faktor penentu adalah sama ada pejuang Iraq berkenaan menyatakan hasrat untuk menyerah diri ataupun cedera parah sehingga menjadikannya hors de combat.

Rencana ini rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.